Skip to main content

Tenis

Terbuka Cincinnati bawa Serena Williams kembali ke gelanggang kompetitif

serena venus

Ikon tenis dan fesyen sukan, Serena Williams akan kembali membuat penampilan di gelanggang kompetitif pada pertengahan Ogos nanti dan perkara ini disahkan penganjur kejohanan WTA 1000, Tenis Cincinnati pada Isnin.

Juara 23 Grand Slam dalam acara perseorangan wanita itu sememangnya dirindui - bukan hanya pukulan padu dan gerakan licik, tetapi juga telatah bersahajanya dan sudah pasti, apa yang disarungnya ketika beraksi di atas gelanggang, seringkali mencuri tumpuan dan dijadikan rujukan dalam fesyen.

Sepanjang tempoh 4 tahun Serena dalam mode hibernasi, sensasi Jepun, Naomi Osaka merupakan atlet yang membawa aura fesyen paling hampir dengan Serena - sedikit sebanyak, mengubati kerinduan peminat dan mewarnai kejohanan tenis dunia.

Hasrat untuk menyaksikan Serena kembali beraksi menjadi realiti apabila pemain berusia 44 tahun itu dianugerahkan tiket wildcard untuk bergandingan bersama kakaknya, Venus Williams dalam acara beregu.

Berbeza dengan Serena, Venus juga diberikan tiket wildcard untuk beraksi dalam acara perseorangan, selain beberapa pemain ternama lain seperti Sloane Stephens dan Taylor Townsend.

Gandingan Serena dan Venus pernah menghasilkan 14 kejuaraan major dalam acara beregu, serta meraih tiga pingat emas di temasya terbesar sukan olimpik. Kali terakhir mereka bergandingan adalah di Terbuka Amerika Syarikat pada 2022.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video