Selepas kehilangan Endrick Dos Santos, difahamkan Harimau Malaya berisiko seorang lagi tonggak menjelang perlawanan seterusnya Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN bertemu Filipina di Cheras pada Sabtu ini.
Status kecederaan di bahagian buku lali Jimmy Raymond tatkala menentang Thailand minggu lalu merisaukan kem negara, sekali gus mengurangkan pilihan pertahanan buat skuad Tan Cheng Hoe.
Bintang Kuching City itu terpaksa ditukar pada minit ke-57 menyaksikan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Alif Ahmad, dimasukkan selaku pemain gantian.
Malah, perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di Nadi Arena turut menjangkakan bahawa Jimmy Raymond bakal terpaksa melupakan baki kempen kejohanan akibat kecederaan tersebut.
Portal media tempatan turut memuat naik video terkini berkenaan keadaan Jimmy Raymond sambil dibantu rakan sepasukan usai meninggalkan Stadium Rajamangala.
Get well soon Jimmy Raymond 🤲
🎥 : Sorawit/SNE Sports#ASEANHyundaiCup #THAMAS #Malaysia #JimmyRaymond#SNESports#LifeTelco pic.twitter.com/eAEaLllpvM— SNE Sports (@SNE_Sports) August 2, 2026
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi tentang spekulasi tersebut.