Arena hoki kebangsaan dikejutkan dengan berita sedih apabila legenda hoki negara, Sarjit Singh, meninggal dunia malam tadi pada usia 63 tahun.
Terdahulu, bekas jurulatih negara itu berdepan masalah kesihatan dan menjalani rawatan di sebuah hospital.
Pemergiannya amat dirasai tatkala mendiang meninggalkan kesan besar dalam sukan hoki di Malaysia. Sarjit pernah mewakili negara dalam dua temasya Olimpik, iaitu Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992, selain pernah menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan kebangsaan.
Legenda hoki negara, Sarjit Singh meninggal dunia pada usia 63 tahun.
Sarjit mengetuai skuad negara di Olimpik 1984 Los Angeles & 1992 Barcelona.
Bekas kapten & ketua jurulatih negara itu turut raih Gangsa Sukan Asia 1982 New Delhi & 1990 Beijing.
Thank You Coach@ASTROARENA pic.twitter.com/ZcYjPpAvjx— karlnunis (@_karlnunis) August 23, 2026
Untuk rekod, Sarjit membantu Malaysia meraih pingat gangsa dalam dua edisi Sukan Asia di New Delhi 1982 dan Beijing 1990.
Mendiang juga menabur bakti selaku ketua jurulatih The Speedy Tigers sebanyak dua kali pada 2007 hingga 2008 dan 2024 hingga Mac 2026.