Kem boling padang negara tidak melepaskan peluang untuk menjadi penyumbang kilauan pingat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Sejarah tercipta menerusi acara para menyaksikan Norazian Daud-Jariah Zakari menewaskan wakil tuan rumah, Mary Wilson-Pauline Wilson, dalam penentuan pingat gangsa kategori pairs wanita B6-B8, sekali gus menamatkan penantian 24 tahun!
Pencapaian itu dianggap bonus kemenangan dalam kem boling padang kebangsaan yang kembali meraih pingat buat skuad para sejak kali terakhir pada edisi 2002 di Manchester.
Terdahulu, Amirul Danial Abdul Rahim-Mohammad Soufi Rusli meraih gangsa dalam acara pairs lelaki sementara dua lagi pingat perak masing-masing menerusi bekas pemain nombor satu dunia, Izzat Shameer Dzulkeple, dalam acara perseorangan lelaki.
Dia, merupakan pemain Malaysia pertama memenangi pingat dalam sukan dan acara tersebut.
Tidak dilupakan, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman bersama gandingannya, Aleena Ahmad Nawawi, juga menghadiahkan pingat perak dalam acara pairs wanita di Scottish Event Campus (SEC).