Pemain antarabangsa Uganda, David Owori, meninggal dunia selepas serangan di ibu negara Kampala berhampiran kawasan perumahan.
Kapten pasukan SC Villa berusia 28 tahun itu ditemui tidak menyedarkan diri dalam keadaan cedera parah selepas diserang individu yang tidak dikenali pada Selasa lalu.
Mendiang dibawa ke hospital berdekatan sebelum isahkan meninggal dunia.
CLUB STATEMENT
It is with profound sorrow that we announce the untimely passing of our captain, David Owori, who had been receiving treatment at Case Clinic following an attack by suspected thugs.
Our deepest condolences and prayers are with his family.
Rest in peace, Captain.… pic.twitter.com/8YjXoPDQf9— SC Villa (@SCVillaJogoo) August 5, 2026
"David bukan sekadar pemain bola sepak. Dia seorang pemimpin dan inspirasi kepada generasi. Sebagai Kapten SC Villa, dia memimpin dengan keberanian, rendah diri dan semangat.
"Dengan jersi Uganda Cranes, dia membawa harapan sebuah negara," kata Persekutuan Persatuan Bola Sepak Uganda.
David menjadi mangsa menyusuli kematian seorang personaliti sukan popular meninggal pada Jun dan pemain ragbi Sydney Gongodyo kerana disangka sebagai pencuri.