Mohamed Salah telah menandatangani perjanjian dua tahun dengan Trabzonspor, di mana penyerang Mesir itu akan menerima 17 juta euro ($19.6 juta) semusim.
Kelab Turkiye itu mendapatkan Salah secara percuma daripada Liverpool, dengan kehadiran kapten Mesir itu disambut dengan ribuan penyokong yang memenuhi stadium.
"Ini merupakan satu pengalaman yang tidak pernah saya alami dalam hidup saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada anda kerana berada di sini hari ini. Saya berasakan begitu banyak kasih sayang di sini sehingga saya tidak pernah menjangkakan sambutan seperti ini.
New π‘π¨π¦π. New ππ‘π«π¨π§π. π pic.twitter.com/tBafH9tEni
β Trabzonspor (@Trabzonspor) August 6, 2026
"Saya di sini untuk menang, saya mahu memenangi sesuatu bersama kelab ini kerana anda menunjukkan begitu banyak kasih sayang kepada saya. Saya menghargainya." katanya.
Untuk rekod, Salah meninggalkan The Reds selepas Sembilan tahun dengan rekod 257 jaringan dalam 442 penampilan, selain menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dua dan Liga Juara-Juara (UCL).
Trabzonspor merupakan antara pasukan gergasi Turkiye selain Fenerbahce, Galatasaray dan Besiktas.