Detik panas berlaku di padang bola sepak memaparkan insiden liar sewaktu perlawanan berlangsung melibatkan seorang pemain menendang dan menumbuk seorang lagi pemain lawan pada pertengahan permainan.
Insiden itu berlaku semasa perlawanan antara Bobcats dari Brookings High School dan Cobblers dari Central High School.
Pemain terbabit menolak lawannya keluar dari padang dengan dua tangan sebelum menendangnya dari belakang, kemudian menumbuk belakang kepalanya berulang kali.
THIS MAN SHOULD BE IN PRISON🤮🤢 pic.twitter.com/ovtDotKgMY
— Now Football (@Nowfootball) August 16, 2026
Jika diperhatikan daripada video rakaman, kelihatan individu berjersi putih itu seperti tidak berpuas hati dengan tonggak berjersi oren kerana pertembungan merebut bola di kawasan tepi.