Skip to main content

Tenis

Sejarah tercipta! Aryna Sabalenka kini separuh perjuangan kejar rekod Serena Williams

Aryna

Sejarah terus dilakar bintang tenis kebanggaan Belarus, Aryna Sabalenka, apabila kini muncul pemain wanita ketiga yang mencatatkan 50 atau lebih kemenangan dalam saingan WTA 1000 sebagai pemain nombor satu dunia.

Pemain berusia 28 tahun dengan empat gelaran Grand Slam itu meneruskan langkahnya dalam Terbuka Cincinnati dengan menewaskan Wang Xinyu dari China dengan keputusan 6-1, 6-3 untuk mara ke pusingan 16 terbaik, sekali gus merekodkan kemenangan ke-50 ketika memegang status terbaik dunia.

Kecemerlangannya meletakkan Sabalenka semakin hampir untuk mengejar rekod Iga Swiatek dengan 58 kemenangan dan menjadikan rekod 104 kemenangan Serena Williams sebagai pembakar semangat untuk terus berada di puncak kerjaya.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu sememangnya berada dalam prestasi terbaik dan ia cukup jelas ketika dia menyingkirkan Xinyu yang mengisi ranking 36 dunia dengan kelajuan pukulan drive serta berhasil melakukan 17 ace dengan hanya 5 unforced error.

Sabalenka yang merekodkan pencapaian 40-7 musim ini, dijangka tiada masalah untuk menamatkan kemarau kejuaraan dalam enam kejohanan dengan menjuarai Terbuka Cincinnati yang juga bakal menjadi koleksi ke-25 dalam kerjayanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video