Skip to main content

Tenis

Pemain 25 tahun tewaskan ranking ketujuh dunia dalam pertarungan penuh lonjakan adrenalin

Tenis

Brandon Nakashima menikmati musim yang indah apabila mencapai ranking tertinggi dalam kerjaya -- no.22 dunia pada 10 Ogos lalu, seminggu selepas dia meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 dan hampir mengejutkan dunia apabila mara ke pentas akhir Kejohanan Masters 1000 Montreal.

Semua yang berlaku digunakan pemain Amerika Syarikat (AS) itu sebagai motivasi terbaik ketika melangkah ke Terbuka Cincinnati untuk mengintai satu lagi peluang mencipta sejarah di Toronto.

Nakashima menyelamatkan tiga breakpoint untuk meneruskan prestasi hebatnya dalam siri kejohahan gelanggang keras dengan menewaskan lawan yang bukan calang-calang, pemain nombor tujuh dunia, Daniil Medvedev, dalam satu pertarungan yang menawarkan lonjakan adrenalin.

Titik membanggakan adalah kebolehan Nakashima untuk bangkit ketika ketinggalan 0-40 pada kedudukan 4-5 semasa melakukan servis dalam set kedua. Dia menterbalikkan situasi daripada hampir tersingkir kepada mengawal momentum diatas gelanggang.

Dan selepas bertarung selama dua jam 51 minit, Nakashima mengucapkan selamat tinggal kepada Medvedev dengan keputusan 6-7, 7-6, 6-1 untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Cincinnati.

Seperti yang dikongsikan Nakashima di laman sosialnya minggu lalu, menjulang trofi atau tidak, perjalanannya di Kanada kali ini sudah cukup membanggakan dan membawa kenangan manis yang akan sentiasa diingatinya sepanjang terlibat dalam sukan tenis.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video