Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kempen mereka dengan kemenangan dalam pertemuan pertama menentang 'scratch pair' China, Chen Su Jun-Liu Yang dalam kempen Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, hari ini.
Aaron-Wooi Yik mengakui lebih selesa dengan keadaan angin di gelanggang satu dan menyifatkannya sebagai persediaan penting menjelang saingan aksi suku akhir, terutama jika bertemu beregu Indonesia, Sabar Karyaman-Reza Isfahani.
Advertisement
Malah, mereka turut berharap agar pertemuan semula bersama Man-Tee dapat direalisasikan, dan semua cabaran berbaki dapat dilunaskan dengan prestasi terbaik.
"Jika dilihat set kedua sudah ketinggalan jauh, bukan mudah untuk kendalikan dengan keadaan angin tetapi kami tetap bersedia untuk fokus.
"Set ketiga kami telah mengawal cara mengatasi, kami telah lakukan yang terbaik." kata Wooi Yik.
"Hari ini baik, cuma ada kesilapan dalam set kedua, mungkin kebiasaan dalam gelanggang dengan masalah angin. Berbanding semalam hari ini lebih baik. Walaupun kami tewas tahun lalu dengan mereka, tetapi tahun ini harap lebih baik. "tambah Aaron.