Skuad boling para negara meletakkan sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya enam pingat emas daripada 14 acara yang dipertandingkan dalam Sukan Para ASEAN di Korat.
Ketua jurulatihnya, Richard Teh, memaklumkan seramai 16 atlet bersedia untuk menggalas cabaran negara meskipun persiapan pasukan bermula lewat pada Disember lalu.
Advertisement
Namun, kehadiran atlet berpengalaman dalam skuad kebangsaan memberi keyakinan bahawa sasaran yang ditetapkan mampu dicapai berdasarkan rekod konsisten pasukan dalam kejohanan yang disertai sebelum ini.
"Kami sangat yakin memandangkan setiap kejohana yang disertai diakhiri dengan menaiki podium. Cuma, apakah warna pingat tersebut," katanya.