Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Elanga tak sedar Sweden sebenarnya layak! Aksi keliru bintang bekas Man United tular

Piala Dunia 2026: Elanga tak sedar Sweden sebenarnya layak! Aksi keliru bintang bekas Man United tular

Penyerang Sweden, Anthony Elanga, mencetuskan salah satu detik paling mencuit hati di Piala Dunia 2026 apabila tidak menyedari pasukannya sebenarnya sudah layak ke pusingan kalah mati sebaik tamat aksi menentang Jepun.

Bekas pemain Manchester United itu menjadi wira Sweden apabila meledak gol penyamaan dalam keputusan seri 1-1 dengan Jepun, sekali gus memastikan skuad kendalian Graham Potter mara ke Pusingan 32 sebagai antara lapan pasukan di tempat ketiga terbaik.  

Namun, sejurus wisel penamat dibunyikan, Elanga kelihatan terduduk sambil memegang kepalanya kerana menyangka Sweden telah tersingkir daripada kejohanan.

Rupa-rupanya, pemain berusia 24 tahun itu tidak mengetahui bahawa satu mata sudah memadai untuk membawa Sweden ke pusingan kalah mati mengikut format baharu Piala Dunia yang membabitkan 48 pasukan.  

“Saya tak tahu satu mata sudah mencukupi. Saya fikir kami perlu menang,” kata Elanga selepas perlawanan.  

Malah, rakan sepasukannya, Alexander Isak, mengakui dia sempat memarahi Elanga selepas melihat reaksi kecewa pemain itu sebelum mengetahui punca sebenar kekeliruannya.

“Saya memang marah dia sedikit. Saya ingat dia kecewa sebab keputusan seri, tetapi selepas dia jelaskan situasi sebenar, kami semua ketawa,” kata Isak.  

Pengendali Sweden, Graham Potter, turut tidak dapat menahan ketawa apabila ditanya mengenai insiden tersebut.

“Jelas sekali dia fikir kami sudah tersingkir. Kami sudah menjelaskan situasi itu, tetapi mungkin fikirannya berada di tempat lain. Saya tetap sayangkan dia,” kata Potter sambil berseloroh.  

Ironinya, Elanga sebenarnya merupakan watak paling penting dalam kebangkitan Sweden di kejohanan kali ini.

Selepas menjaringkan gol ketika tewas 1-5 kepada Belanda, dia sekali lagi muncul penyelamat menerusi jaringan cantik ke atas Jepun yang memastikan Sweden meneruskan saingan di Piala Dunia.  

Insiden itu pantas menjadi tular di media sosial, dengan ramai peminat menyifatkannya sebagai bukti bahawa format baharu Piala Dunia 48 pasukan masih mengelirukan, bukan sahaja penyokong, malah pemain sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video