Chef De Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel 2026, Datuk Awalan Abdul Aziz, berkongsikan batik tetap menjadi busana paling sesuai digayakan ketika perarakan selari dengan misi Malaysia mendapatkan lima pingat emas pada temasya Sukan Komanwel Glasgow kali ini.
Tambah Awalan lagi, meskipun saiz kontinjen kali ini lebih kecil kerana penganjur mempertandingkan 10 jenis sukan bersama enam sukan para selepas beberapa acara digugurkan daripada program rasmi.
Namun, situasi itu tidak mengehadkan peluang Malaysia untuk memburu lebih pingat emas.
Sebaliknya ia menjadi satu cabaran untuk kontinjen negara membuktikan selagi mereka terus berjuang, habuannya pasti akan hadir tanpa mengenal jenis sukan.
Selain itu, dia turut memberikan jaminan setakat ini tiada kerisauan hadir daripada atlet mahupun pengurus pasukan berhubung perkampungan sukan di Glasgow dan mengakui segala penjagaan atlet akan diselia dengan baik.
"Sepatutnya semangat seperti biasa sebagaimana sasaran yang kami kemukakan, meskipun badminton, terjun, gimrama tiada, bagaimanapun apa sukan yang ditawarkan kami telah meletakkan sasaran tertentu kepada atlet tertentu untuk berikan yang mereka boleh buat.
"Saya minta rakyat Malaysia tidak berasakan kerana Sukan Komanwel kali ini tidak seperti edisi sebelum ini, tetapi semangat dan doa itu diteruskan agar dapat mencapai pencapaian terbaik." kongsinya.