Skip to main content

Badminton

AKB: Peserta diberikan latihan perkuat aspek fizikal, ketahanan

akb
Advertisement

Hari kedua kem pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) 2026 hari ini menyaksikan 37 peserta cilik diberikan latihan khusus terhadap aspek fizikal dan ketahanan.

Jelas jurulatih AKB, Kok Wing Soon, kemahiran asas termasuk pukulan forehand, backhand serta gerak kaki kurang ditekankan memandangkan kesemua atlet mempunyai latar belakang yang baik dalam sukan badminton dan sering bertanding dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

Advertisement

Bagaimanapun, daya tahan untuk bermain dalam tempoh panjang dilihat menjadi kekurangan berbanding atlet negara Asia lain, sekali gus memerlukan penambahbaikan.

"Mereka memang ada kemahiran tetapi agak kurang daripada segi fizikal berbanding negara lain," kata Wing Soon kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Advertisement

"AKB pernah ke China, Jepun dan Thailand dan atlet muda negara-negara itu memang memiliki fizikal yang kuat.

"Kami memberikan mereka pendedahan berkenaan kepentingan aspek fizikal. Apabila permainan panjang, fokus mereka agak berkurangan.

"Mungkin fizikal mereka tidak membantu, jadi kami memberikan mereka latihan fizikal."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video