Skip to main content

Bola Sepak

Terkini Final Piala Dunia 2026: Bukan Messi! Anugerah Pemain Terbaik milik bintang Man City

Rodri
Advertisement

Ketua pasukan Sepanyol, Rodri, atau nama sebenar, Rodrigo Hernandez Cascante diangkat selaku Pemain Terbaik Kejohanan Piala Dunia 2026 selepas menampilkan persembahan memukau membantu La Roja merangkul kejuaraan kedua negara itu selepas 2010.

Bintang Manchester City secara amnya telah melengkapkan koleksi piala berprestij sepanjang karier tatkala turut memenangi Euro 2024 bersama skuad kendalian Luis de la Fuente.

Advertisement

Pemenang Ballon d'Or itu juga telah mengumpul kejuaraan domestik Liga Perdana Inggeris (EPL), selain mendakap trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL). 

Ia, sekali gus menolak persepsi Lionel Messi akan menakluk anugerah individu itu tatkala turut terlepas bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dan Kasut Emas edisi ke-23. 

Advertisement

Sementara itu, Pemain Muda Terbaik digondol oleh pertahanan Barcelona, Pau Cubarsi. Dan, Penjaga Gol Terbaik dimenangi oleh Unai Simon yang hanya dibolosi satu gol sahaja sepanjang kejohanan. 

Anda mungkin berminat dengan

Harimau Malaya 2025 Jersey Men

Harimau Malaya 2025 Jersey Men

AC Milan 25/26 Home Jersey

AC Milan 25/26 Home Jersey

adidas Arsenal FC 2024/25 Home Jersey

adidas Arsenal FC 2024/25 Home Jersey

Manchester City 25/26 Authentic Away

Manchester City 25/26 Authentic Away

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Manchester City 24/25 Authentic Home

Manchester City 24/25 Authentic Home

Must Watch Video