Insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan terjadi sejurus wisel penamat final Piala Dunia 2026 dibunyikan, sekali gus mencetuskan pertengkaran besar.
Kelihatan bintang Argentina, Leandro Paredes, tidak berpuas hati dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia, sebelum menolak Gavi jatuh membangkitkan lagi kemarahan La Roja.
Punca sebenar kepada situasi tersebut tidak diketahui, namun ramai beranggapan ia adalah daripada provokasi oleh pemain-pemain terbabit.
"Saya melihat mereka meraikannya di hadapan saya. Pada saat itu, ia terasa sangat menjengkelkan dan, sejujurnya, seperti tidak menghormati kami.
"Anda perlu menghormati lawan anda, terutamanya selepas perlawanan seperti itu.
🚨🥊 Full scenes after final whistle.@MickyJnr__ 🎥 pic.twitter.com/ZXCvAFkHwy
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 20, 2026
“Saya tidak berbangga dengan reaksi saya. Saya ingin meminta maaf atas perkara itu.
"Tetapi sangat sukar untuk mengawal emosi anda dalam waktu itu.
“Mungkin saya bertindak balas secara berlebihan, dan saya menerima akibatnya.
"Tetapi saya juga percaya harus ada rasa hormat antara pemain,” kata Paredes.
Argentina gagal mempertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut, dan menyaksikan Sepanyol diangkat selaku juara selepas 2010 hasil jaringan minit akhir oleh Ferran Torres.