Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari, mengungguli Terbuka China hari ini ketika dijadualkan bertemu pemain Jepun, Satomi Watanabe, dalam perlawanan akhir di Shanghai.
Satomi, bagaimanapun, tidak dapat beraksi kerana demam dan sudah mendapatkan nasihat doktor sejurus kemenangan ke atas Marina Stefanoni dalam separuh akhir semalam.
Kejayaan menepati ramalan sebagai pilihan pertama di Shanghai itu secara tidak langsung membawa gelaran keempat buat Sivasangari musim ini.