Skip to main content

Sukan Lain

IRONMAN Langkawi: Syed Saddiq akui cabaran tahun ini luar biasa

ll
Advertisement

Kalau di Itali kisah ada Romeo dan Juliet, di Malaysia pun ada juga pasangan yang sedang hangat di lamun cinta, iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah.

Namun, di sebalik kisah cinta ini, ada satu perjuangan yang menuntut kekuatan fizikal dan mental yang hampir sahaja membuatkan bekas menteri belia dan sukan itu menyerah daripada menghabiskan saingan triatlon IRONMAN Langkawi 2026.

Advertisement

"(Saya harap) sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup yang baik, cergas, sentiasa menekankan fizikal dan mental, biarpun pada hari yang buruk.

"Jurang masa atlet elit juga hampir sejam berbanding tahun lalu, saya percaya cuaca (perlumbaan kali ini) paling panas dan laluannya juga paling sukar," katanya.

Advertisement

Tatkala kakinya meraung untuk menghentikan langkah, kalbunya meronta-ronta mengingatkan bahawa ada insan-insan tersayang menanti dirinya di garisan penamat.

Pertarungan mental dan fizikal selama 12 jam 48 minit 38 saat berakhir dengan kalungan medal istimewa dan pelukan hangat daripada sang isteri yang setia menanti dengan doa agar suaminya kembali dengan selamat.  

"Cabaran kali ini lebih sukar. Renang dan berbasikal memang luar biasa tapi cuaca teramat panas, mencapai 30 selsius tapi terasa bagaikan 36 selsius.

"Kami memulakan larian pada pukul 3,30 petang dan dalam 20km terakhir berbasikal, saya berkali-kali muntah dan mengalami kekejangan.

"Tapi inilah IRONMAN, untuk mencabar badan dan minda hingga ke tahap tertinggi.

"Saya gembira dapat menghabiskan perlumbaan ini," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video