Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Luqman Al-Hafiz susun langkah kebangkitan selepas kecederaan belakang

ll
Advertisement

 

Atlet gimnastik artistik negara, Luqman Al-Hafiz Zulfa, ingin menebus kekecewaan daripada segi prestasinya tahun ini yang dia akui kurang memberangsangkan bagi menghadapi musim 2027.

Advertisement

Ini ditambah nasib kurang baiknya dengan kecederaan belakang yang dihadapi hingga memaksa Luqman Al-Hafizmenarik diri daripada Sukan Komanwel 2026. Dan dia berharap 2027 akan menjadi tahun kebangkitan buat dirinya.

"Prestasi individu kurang memuaskan, sasaran dalam Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia tidak capai matlamat.

Advertisement

"Saya belum cergas sepenuhnya untuk menghadapi Kejohanan Dunia kerana hanya berlatih beberapa minggu sahaja setelah dilanda kecederaan belakang," katanya yang terlepas Sukan Komanwel pada Julai lalu akibat masalah sama.

Sementara itu, misi penting buat atlet berusia 24 tahun terbabit untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi Sukan SEA 2027.

Bagi pemenang perak Sukan SEA 2025 itu, satu cabaran berbeza apabila ura-ura acara kegemarannya iaitu 'all around' tidak akan dipertandingkan dalam temasya dwitahunan berkenaan kelak.

"Saya perlu cari alternatif lain melalui aparatus yang boleh disasarkan dalam Sukan SEA kelak," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video