Skip to main content

Sukan

PSAS: Ini reaksi Faizal selepas ledak empat gol buat Malaysia

faizal
Advertisement

Penyerang prolifik skuad hoki negara, Faizal Saari, terus membuktikan keupayaannya di pentas antarabangsa meskipun kian dimamah usia.

Sensasi terbaharu Faizal menyaksikan penyerang itu meledak empat gol ketika membantu Malaysia menumbangkan Kanada 6-0 dalam perlawanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh semalam.

Advertisement

Ia juga menyaksikan Faizal meraikan jaringannya yang ke-308 bersama Speedy Tigers.

Pada usia 35 tahun, Faizal masih mampu bersaing menentang lawan yang jauh lebih muda.

Advertisement

"Saya jaga semuanya," katanya ringkas kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Reaksi bersahaja itu mencerminkan tahap disiplin tinggi yang diamalkannya daripada aspek pemakanan, rehat dan mentaliti seorang juara.

Penyerang veteran negara itu membuktikan dirinya masih relevan selepas kembali daripada persaraan untuk terus menyarung jersi keramat nombor 10 negara.

Faizal terpaksa mengharungi senario permainan yang berintensiti tinggi, corak pertahanan agresif lawan dan berdepan ejekan psikologi Kanada tetapi masih berupaya mengetuai kemenangan kem negara dengan empat jaringan berkualiti.

"Kalau diikutkan memang susah untuk usia 35 tahun bermain di posisi penyerang dan depan.

"Kerana beraksi di posisi depan memerlukan kelajuan tinggi, jadi saya agak bergelut untuk menyaingi pemain muda negara yang lain.

"Saya cuba berada di belakang mereka dan Alhamdulillah," katanya lagi.

Ayuh teruskan sokongan kepada sukan hoki negara! Saksikan Piala Sultan Azlan Shah 2026 bersama Tenaga Nasional Berhad.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video