Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: GP Kuala Lumpur milik Perak Bison, sangkal cabaran PDRM Defenders

ll
Advertisement

Perak Bison muncul pasukan pertama yang muncul juara dua kali CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Premier apabila menakluk Grand Prix (GP) Kuala Lumpur menafikan saingan sengit PDRM Defenders di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

PDRM Defenders yang mempertaruhkan trio Hisyamuddin Nazri selaku tekong, Shahalril Aimin Halim (pengumpan) dan Leosak Kuram sebagai pelibas, sementara Bison mempertaruhkan Pornthep Tinbangbon (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Nazrien Daniel (pelibas).

Advertisement

Permulaan yang cukup baik buat Bison, apabila mudah mendahului 8-2 yang memaksa Defenders memasukkan Worapat Kaewtawatwiset (tekong) dan Shahalril Aiman Halim untuk percubaan mengejar kedudukan Bison.

Namun, percaturan itu kurang menjadi dengan Bison makin tersusun permainnya untuk menawan set pertama 15-8.

Advertisement

Perlawanan makin sengit dalam set kedua apabila masing-masing tidak mahu ketinggalan jauh dengan setiap rejaman dihalang dan diangkat dengan baik.

Namun, selepas mata 4-4, Defenders tampak lebih tersusun di tambah rejaman Shaharil Aiman yang sukar dihalang untuk membawa aksi ke set penentuan!

Stadium Titiwangsa terus disajikan aksi terbaik dalam set ketiga terutama perseteruan di antara Worapat dan Pornthep.

Akhirnya selepas pertarungan lebih sejam, Bison menamatkan perlawanan dengan keputusan 15-11 untuk meraih kejuaraan kedua musim ini.

Sementara itu, perebutan tempat ketiga dan keempat menyaksikan Melaka Titans turun berdepan dengan pasukan Pantai Timur Kelantan Warriors.

Seperti dijangka aksi sengit bermula sejak awal dengan setiap mata diekori rapat.

Bagaimanapun, Titans yang menurunkan Zarif Merican Ibrahim Marican di bahagian tekong, Zaim Razali (pengumpan) dan Aekkasit Naphom (pelibas) tidak mudah mengalah dengan mempamerkan permainan kemas.

Ketika mata terikat 9-9 dalam set pertama, Titans garang untuk melebarkan kedudukan untuk menutup aksi ini dengan kemenangan 15-10.

Kelantan Warriors yang terdesak mengikat kedudukan tampil lebih agresif selepas itu. Kemasukkan Faisal Fuad menggantikan Hisyam Mat di posisi tekong, Nik Muhammat Afiq (pengumpan) dan Madlee Anda (pelibas) tidak memberi banyak ruang terutama menerusi rejaman tajam yang membutirkan mata demi mata.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video