Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Dollah Salleh sah ketua jurulatih baharu KL City

syed yazid

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, mengesahkan bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk Dollah Salleh, bakal memikul tugas selaku ketua jurulatih Kuala Lumpur City bagi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.

Syed Yazid turut memaklumkan, ketua pasukan, Paulo Josue, dan pemain seperti Giancarlo Gallifuoco, Zhafri Yahya dan Kamal Azizi, antara muka lama yang akan terus menabur bakti bersama The City Boys.

Persiapan skuad Warga Kota itu kini sudah mencapai 70 peratus menjelang kempen baru Liga Super bermula 21 Ogos ini.

"Ketua jurulatih ialah Datuk Dollah Salleh dan akan dibantu oleh penolong jurulatih, Ishak Kunju dan Wan Mustaffa (Wan Ismail)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Jurulatih penjaga gol pula bekas pemain Kuala Lumpur, Azmin Azram.

"Lebih kurang 70 peratus pemain lama dikekalkan dan dalam masa sama, Datuk Dollah ada membawa beberapa pemain yang pernah bersamanya."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video