Insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan terjadi sejurus wisel penamat final Piala Dunia 2026 dibunyikan, sekali gus mencetuskan pertengkaran besar.
Kelihatan bintang Argentina, Leandro Paredes, tidak berpuas hati dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia, sebelum menolak Gavi jatuh membangkitkan lagi kemarahan La Roja.
Punca sebenar kepada situasi tersebut tidak diketahui, namun ramai beranggapan ia adalah daripada provokasi oleh pemain-pemain terbabit.
Juara bertahan gagal mempertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut, dan menyaksikan Sepanyol diangkat selaku juara selepas 2010 hasil jaringan minit akhir oleh Ferran Torres.
Video penuh:
🚨🚨| Argentina losing their heads post match.😡pic.twitter.com/dVdA7tHDlG
— CentreGoals. (@centregoals) July 19, 2026