Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Protes! Guna pemain tak sah cetus pertikaian, terlepas penentuan pingat emas

cc

Apakah yang berlaku di Stadium Sultan Suleiman, Klang?

Perlawanan separuh akhir acara ragbi wanita Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 membabitkan kontinjen Terengganu bertemu kem Sarawak dibayangi dengan kontroversi apabila didakwa menggunakan pemain tidak sah.

Difahamkan, Terengganu melakukan kesilapan memasukkan pemain tidak berdaftar untuk aksi tersebut adalah punca permainan dilucutkan.

Ada yang mengatakan bahawa ia adalah kesilapan teknikal tanpa sebarang semak imbang melibatkan status pemain terakhir.

Tiada pengesahan rasmi tentang punca sebenar termasuk belum ada kenyataan rasmi berkenaan isu terbabit setakat ini. Stadium Astro masih menanti laporan sebenar daripada pihak terlibat.

Di sebalik drama itu, Sarawak menghantar bantahan yang menyaksikan permohonan mereka berjaya, sekali gus automatik layak ke final sementara Terengganu berentap dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Terengganu pasrah berputih mata tewas di tangan Sabah 5-19 untuk menamatkan saingan di tempat keempat, sementara Sarawak muncul naib juara selepas akur rebah kepada tuan rumah dalam aksi final yang menyaksikan Selangor menang besar 41-0 untuk terus menambah koleksi emas mereka.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement