Naib juara Liga Super musim lalu, Kuching City, sudah selamat tiba di Kuala Lumpur bagi perlawanan minggu kedua liga bertemu Kuala Lumpur (KL) City di Cheras, Rabu ini.
The Cats yang tewas dalam perlawanan Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini melaungkan misi mengutip tiga mata penuh meskipun beraksi di tempat lawan.
@kuchingcityfc Kuching City FC selamat tiba di Kuala Lumpur! ⚽️ Kuching City FC vs Kuala Lumpur City FC 🕘 9:00 Malam 📅 26 Ogos 2026 📍Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur #KuchingCityFC #SarawakPride #LigaSuperMalaysia #TVSEntertainment ♬ original sound - Kuching City FC
Sementara itu, persoalan masih membelenggu status tuan rumah tatkala dihimpit kontroversi beberapa pemain dijangkiti influenza sehingga mengakibatkan pertemuan pertama menentang Negeri Sembilan terpaksa dibatalkan minggu lalu. Dengan dakwaan laman CMS-FAM difahamkan hanya menyenaraikan 12 pemain dalam sistem menjadi tanda tanya kemungkinan aksi Rabu ini.