Bintang Perancis, Kylian Mbappe, sah memenangi Anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2026 selepas mengumpul 10 gol secara keseluruhan dalam kempen kali ini.
Kegagalan Lionel Messi menjaringkan gol dalam perlawanan akhir bertemu Sepanyol awal pagi tadi menyaksikan bintang Inter Miami itu tidak mampu mencabar anugerah individu itu apabila ketinggalan dua gol di belakang Mbappe.
Ia, menyaksikan dia mengulangi pencapaian edisi ke-22 pada 2022 untuk memenangi Anugerah Kasut Emas.
Penyerang sensasi Real Madrid itu menjadi pemain pertama dalam sejarah merangkul tiga Anugerah Kasut Emas sekali gus musim ini.
Mbappe berada di tempat pertama selaku penjaring terbanyak LaLiga dengan 25 gol, selain memiliki kelebihan satu jaringan (15) di hadapan Harry Kane untuk turut merangkul anugerah peribadi itu dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2025/26.
π¨π¨ KYLIAN MBAPPE IN 2025/26:
π WORLD CUP TOP SCORER
π CHAMPIONS LEAGUE TOP SCORER
π LA LIGA TOP SCORER
UNREAL π€― pic.twitter.com/OIV6yS90nwβ Madrid Zone (@theMadridZone) July 19, 2026
Malah, tonggak berusia 27 tahun itu turut mencipta satu lagi rekod dengan muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan koleksi 22 gol sepanjang tiga penampilan sejak edisi 2018.
Sekali lagi, Mbappe mendahului Messi dengan satu jaringan.