Skip to main content

Bola Sepak

SIFC kembali gegar Kepri Championship 2026, bawa bakat muda Kajang ke pentas antarabangsa

KEPRI

Kelab Bola Sepak Saujana Impian (SIFC) dari Kajang, Selangor, membuktikan komitmen tinggi dalam pembangunan akar umbi apabila buat kali kedua menyertai Kepri Championship 2026, sebuah Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa di Kepulauan Riau, Indonesia.

Kejohanan tahunan berprestij ini berjaya melabuhkan tirainya pada 30 hingga 31 Mei 2026. Pentas saingan kali ini menyaksikan pertembungan sengit melibatkan 89 buah pasukan dari tiga negara serantau iaitu Singapura, Indonesia, dan Malaysia.

Penganjuran yang kompetitif ini membabitkan saingan sengit daripada 20 pasukan kategori U10, 40 pasukan kategori U12, 25 pasukan kategori U14, dan 4 pasukan elit bagi kategori U17.

Di tengah-tengah persaingan sengit itu, skuad SIFC U17 berjaya melakar keputusan cemerlang apabila dinobatkan sebagai Naib Juara kategori U17.

Kejayaan podium ini melayakkan mereka membawa pulang piala iringan, pingat Perak, serta sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

Melengkapkan hari gemilang kelab, penyerang berbisa SIFC, Muhammad Qarin bin Mohd Rizal, mencuri tumpuan antarabangsa apabila secara rasmi merangkul anugerah selaku Penjaring Terbanyak (Top Scorer) bagi kejohanan tersebut.

Penyertaan antarabangsa ini menyaksikan penglibatan seramai 38 pemain berbakat SIFC yang terdiri daripada 12 pemain U12, 11 pemain U14, dan 15 pemain U17, sambil dibimbing oleh 4 pegawai pengiring daripada barisan kejurulatihan dan pengurusan kelab.

Langkah strategik ini menjadi platform terbaik dalam memperkasakan agenda bola sepak akar umbi, sekali gus mengangkat martabat sukan komuniti ke peringkat antarabangsa.

Kempen antarabangsa ini membawa misi besar yang digariskan menerusi beberapa objektif strategik kelab, terutamanya dalam memangkin kecemerlangan bola sepak akar umbi tempatan ke tahap tertinggi. Antara objektif utama penyertaan SIFC dalam kejohanan berprestij ini termasuklah:

i. Memantapkan Kemahiran Teknikal: Mengasah bakat dan mutu permainan barisan pemain muda dalam ekosistem bola sepak akar umbi; 


ii. Memacu Daya Saing Global: Mengupayakan serta membina keyakinan pemain untuk bersaing secara kompetitif di pentas Antarabangsa; 


iii. Melantik Duta Kecil Sukan: Menyediakan pemain sebagai wakil dan duta kecil yang membawa imej serta reputasi positif bola sepak akar umbi Malaysia ke luar negara; 


iv. Meneroka Taktikal Serantau: Memberi peluang keemasan kepada pemain untuk menimba pengalaman berharga dengan meneroka kepelbagaian gaya permainan kelab-kelab Asia Tenggara; dan 


v. Memperkukuh Ikatan Serumpun: Menjalinkan hubungan diplomatik sukan yang lebih erat antara negara serumpun, khususnya bersama Singapura dan Indonesia.  

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Must Watch Video