Satu pingat emas Sukan Olimpik, tiga dalam emas Kejohanan Dunia - itulah status pelari pecut sensasi Amerika Syarikat kelahiran Dallas, Texas, Sha"Carri Richardson, yang tampil viral di laman sosial baru-baru ini di mana beliau tampil cukup luar biasa dalam sebuah kejohanan olahraga di Australia - Stawell Gift.
Apa yang lebih luar biasanya adalah Richardson yang beraksi dalam acara riben biru — 100 meter itu bermula 10m di belakang pelari lain untuk menyaksikan kelebihan tidak memihak pemenang pingat perak 100m di Sukan Olimpik Paris.
Advertisement
Namun ianya bukan alasan untuk Richardson sebaliknya jadi pemangkin buat beliau tampil dengan aura lagak 'superhero'!
Pelumba sensasi berusia 26 tahun itu mudah melepasi setiap pelari yang bermula lebih awal daripadanya untuk dia tamat selaku juara. Cukup luar biasa!
Kejayaan ini turut menyaksikan Richardson merekodkan catatan terpantas kejohanan menerusi rekod 13.08 saat.