Skip to main content

Bola Sepak

Selangor datangkan pemain berdarah Perancis-Maghribi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hugo Boumous

Selangor malam tadi mengumumkan ketibaan pemain tengah berdarah Perancis-Maghribi, Hugo Boumous, bagi memperkuatkan pasukan mereka sepanjang baki musim ini.

Difahamkan, pemain berusia 30 tahun itu menyertai The Red Giants secara pinjaman daripada kelab Liga Super India (ISL), Odisha.

Advertisement

Hugo mencipta nama di negara kelahirannya, Perancis, bersama Laval dalam saingan Ligue 2 dan Coupe de France sebelum ke Maghribi untuk meyertai Moghreb Tetouan pada 2016.

Selepas itu, dia mula berhijrah ke India untuk menyertai beberapa pasukan seperti Goa, Mumbai City, Mohun Bagan dan yang terakhir, Odisha.

Bersama Goa, dia memenangi Anugerah Bola Emas ISL selepas mendaftarkan 10 gol dan 19 bantuan jaringan daripada 47 penampilan.

Secara keseluruhan, Hugo telah mengumpulkan 56 gol, 58 bantuan jaringan daripada 240 penampilan sepanjang kariernya.

"Selangor FC mengucapkan selamat datang kepada Hugo Boumous. Semoga kehadiran beliau dapat menambah kekuatan barisan tengah Gergasi Merah untuk baki Liga Malaysia dan saingan ACC Shopee Cup 2025/26. Selamat datang, Hugo!" kata kelab berkenaan dalam pengumuman itu.

 

Must Watch Video