Skip to main content

Regatta

Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi: Pasukan The Blue Angel hampir cipta sensasi meskipun kemudi kapal layar berusia 48 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rea

Pasukan The Blue Angel daripada kategori kelas IRC2 mencuri perhatian dalam saingan hari ketiga Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi 2026 yang berlangsung di Pulau Langkawi.

Walaupun dengan menggunakan bot lama yang sudah berusia 48 tahun, The Blue Angel terus mempamerkan aksi luar biasa dan berjaya meraih tempat ketiga dalam tiga perlumbaan yang berlangsung sebelum ini.

Advertisement

Namun, dalam saingan hari ini nasib jelas tidak menyebelahi mereka apabila bot tersebut tidak mampu meneruskan perlumbaan ketujuh akibat daripada masalah teknikal.

Sebelum itu, mereka berada di kedudukan ketiga dalam awal perlumbaan keenam hari ini.

Meskipun kecewa, Jeremy Camps, skipper pasukan berusia 82 tahun itu mengakui Regatta Langkawi adalah kejohanan terbaik, dan daripada 22 edisi, hanya sekali sahaja dia tidak dapat hadir kerana urusan penting.

 

 

 

Dengan dua hari berbaki saingan, semua pasukan hanya perlu fokus dan menambah mata penting untuk mensasarkan tempat tiga terbaik.

"Bot kami berusia 48 tahun namun kami tetap boleh bersaing dengan bot baru yang lain, bot berada dalam keadaan baik.

"Ia tidak memerlukan wang yang banyak, anda boleh berbelanja jutaan dollar untuk bos dan atasi saya. Namun untuk apa?

"Perkara yang mengecewakan saya adalah selepas berada di Malaysia selama 23 tahun, tidak ramai orang menyertai kerana orang fikir ia sukan yang mahal." katanya.

Must Watch Video