Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Dua gol Shamsaldin pacu Melaka ke suku akhir, Sabah ke Piala Cabaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka

Melaka melengkapkan malam bergaya selepas menewaskan Sabah 3-0 (Agregat 5-2) dalam perlawanan timbal balik pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium Likas, sebentar tadi.

Sabah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak pertama selepas Gary Steven Robert dilayangkan kad merah selepas mengasari Shahrel Fikri, namun 45 minit pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Advertisement

Melaka hanya memerlukan empat minit untuk mendahului selepas separuh masa kedua bermula menerusi rembatan deras kaki kiri penyerang import baru dari Mesir, Ahmed Shamsaldin.

 

 

 

Meskipun, The Rhinos giat mengatur langkah ke suku akhir, namun Melaka menambah derita pertahanan Sabah yang kurang berdisiplin menerusi dua gol dalam tempoh tiga minit menerusi Che Rashid Che Halim dan Shamsaldin pada penghujung babak kedua untuk mengesahkan slot awal Melaka ke suku akhir.

Anak buah E. Elavarasan dijangkakan bakal berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pusingan suku akhir, manakala Sabah tersingkir untuk ke Piala Cabaran.

 

Must Watch Video