Skip to main content

Badminton

Pemain badminton negara terima ugutan jenayah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

YewSin

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, telah menjadi pemain sasaran dalam talian selepas dia dan Teo Ee Yi tersingkir pada pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta semalam.

Yew Sin memuat naik tangkapan skrin ancaman dalam talian itu, yang mengugut untuk menetak tangan Ee Yi susulan kekalahan 18-21, 15-21 kepada wakil Chinese Taipei, Lee Jhe-huei-Yang Po-hsuan.

Advertisement

“Kalian semua patut bersara sahaja. Apa yang saya katakan, saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk memaksa kamu bersara.

"Jika kamu terus gagal dan tewas kepada lawan yang sepatutnya bukan masalah bagi kamu, suatu hari saya akan datang dan perkara buruk akan berlaku.

“Saya akan membawa pisau dan menetak tangan Ee Yi, memaksa kamu sama ada menukar pasangan atau bersara,” menurut mesej daripada akaun Instagram bernama jaychen73.

Serangan dalam talian terhadap wakil negara adalah insiden terbaharu dalam siri ancaman yang ditujukan kepada pemain badminton.

Pada Oktober tahun lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata akan memantau buli siber terhadap pemain kebangsaan, yang menjadi sasaran kebencian dalam talian berikutan prestasi mereka di Eropah.

Pemain badminton yang terjejas oleh ancaman dalam talian tahun lalu termasuk gandingan nombor satu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Jimmy Wong-Lai Pei Jing dan Goh V Shem, yang kini bergandingan dengan Choi Sol-gyu dari Korea Selatan.

Adakah buli siber terhadap Ong dan Teo berkemungkinan besar berpunca daripada perjudian? 

Must Watch Video