Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Lee Zii Jia menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

LZJ

Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, menemui kemenangan pertama musim ini apabila berjaya mara ke pusingan seterusnya Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Selepas dua kekalahan berturut-turut dalam pusingan 32 dua pertandingan terdahulu (Terbuka Malaysia dan Terbuka India), atlet berusia 27 tahun itu akhirnya menampilkan kelainan tatkala menewaskan jaguh India, H. S. Prannoy, dalam tempoh 35 minit.

Advertisement

Dengan ini, pemenang Seluruh England 2021 itu berjaya memperbaharui rekod pertemuan menentang Prannoy usai memenangi perlawanan straight set 21-19, 21-11 dalam kejohanan bertaraf super 500 itu. 

Must Watch Video