Skip to main content

Olimpik

Bekas ratu terjun iltizam lahirkan atlet bertaraf olimpian

j

 

Bekas jaguh terjun negara, Farah Begum Abdullah, kembali ke pangkuan skuad negara selepas 23 tahun, bukan atlet sebaliknya sebagai jurulatih utama mengendalikan projek khas pembangunan pelapis sukan terjun yang baru diperkenalkan.

Ia secara tidak langsung menjadi persiapan awal kem terjun negara untuk membentuk atlet terbaik bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2032.

Keperluan untuk mengasah bakat pada awal usia menyaksikan tujuh atlet baru berumur bawah 13 tahun kini di bawah bimbingannya.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2002 itu membuat keputusan menerima lamaran daripada Akuatik Malaysia (MS) dengan matlamat utama untuk terus menabur bakti kepada negara, sekali gus membantu melahirkan olimpian baru sukan terjun.

"Demi mencapai tahap Olimpik, usaha perlu dilakukan sekarang.

"Program pembangunan sedang diperkukuhkan semula dan kita memerlukan kitaran dua Sukan Olimpik lagi (untuk kembali menyerlah).

"Kami menetapkan latihan sepenuh masa di sini agar mereka dapat fokus," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  

Terpaksa berehat beberapa bulan selepas menjalani pembedahan kerana didiagnosis menghidap endometriosis tahap empat, Farah Begium lega fasa pemulihan berjalan lancar dan mampu kembali melaksanakan program latihan.

"Setakat ini ia (tahap kesihatan) tidak kacau program (yang saya kendalikan)," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video