Skip to main content

Bola Sepak

Sejarah paling hebat! Tiga pencapaian besar dalam satu masa, trofi pertama dalam 109 tahun

Torreense

Pasukan divisyen kedua, Torreense, mencipta sejarah paling besar dalam arena bola sepak Portugal apabila memenangi kejuaraan Piala Portugal, menewaskan gergasi liga utama, Sporting CP, dan berjaya layak Liga Europa (UEL) pada musim hadapan.

Stopira menjadi wira Torreense dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-112 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit permainan.

Untuk rekod, ia merupakan trofi utama pertama dalam sejarah 109 tahun kelab itu.

Kejutan berlaku menyaksikan Sporting selaku pilihan terunggul dalam masa menyandang gelaran kejohanan itu sebanyak 18 kali terpaksa berputih mata kepada kelab underdog daripada liga divisyen kedua.

Satu lagi perkara menarik, Torreense mempunyai peluang untuk beraksi dalam liga utama negara itu buat kali pertama sejak kali terakhir pada 1992 apabila menghadapi perlawanan kedua playoff menentang Casa Pia.

Must Watch Video