Skip to main content

Berbasikal

Lau New Joe fokus Sukan Komanwel dulu

j

Tiga bulan sebelum Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menutup kutipan mata ranking dunia untuk kelayakan ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 di Shanghai, jurulatih berbasikal trek endurance negara, Amir Mustafa Rusli, menganggap kedudukan anak buahnya, Lau New Joe, masih lagi belum selamat meskipun sudah dalam senarai 24 pelumba endurance terbaik dunia.

Fokus utama ketika ini masih lagi dua temasya besar iaitu Sukan komanwel dan Sukan Asia.

Namun, semuanya terletak kepada prestasi New Joe dalam Sukan Komanwel Glasgow pada Julai depan untuk mereka menilai keperluan mendapatkan mata dalam perlumbaan kelas satu di India dan Thailand.

"Prestasinya akan dinilai selepas Sukan Komanwel.

"Kalau seseorang pelumba itu di kedudukan ranking yang baik, kami akan fokus kepada latihan sahaja, tidak perlu ke kejohanan kelas satu," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, Amir mengambil maklum mengenai apa yang terjadi pelumba tersebut dalam Piala Dunia Trek UCI di Velodrom Nasional, Nilai, awal bulan ini apabila dia jelas kurang bertenaga hingga menggagalkannya mendapatkan prestasi terbaik.

Perbincangan sudah dilakukan bersama Institut Sukan Negara (ISN) dalam pelan memendekkan masa pemulihan New Joe selepas ini dan dalam masa sama, Amir harap atlet itu mampu menyesuaikan diri dengan sebaiknya.

"Kejohanan berbasikal lazimnya akan berlangsung secara berturut-turut.

"Atlet perlu biasakan diri dengan jadual perlumbaan dan latihan.

"Kami sudah berbincang dengan pakar pemakanan bagi membantu pemulihan atlet dan pendekatan ini mula menunjukkan perubahan," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video