Setakat ini seramai empat wakil badminton negara telah mengesahkan slot ke pusingan suku akhir Masters Indonesia 2026 di Istora Senayan, hari ini.
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu terlebih dahulu mara ke suku akhir selepas menewaskan wakil Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree-Taerattanachai, dalam aksi straight set, 21-12,21-18.
Advertisement
#IndonesiaMasters2026
MD | R16#MAS🇲🇾 Man Wei Chong-Tee Kai Wun 3️⃣ def. #IND🇮🇳 Hariharan Amsakarunan-MR Arjun 17-21 21-9 21-16
⏱️ 54m
*Man-Tee quickly regrouped after the opening set to secure a hard fought victory over the Indian pair in their first ever meeting.… pic.twitter.com/UcM1vfMlNE— BAM (@BA_Malaysia) January 22, 2026
#IndonesiaMasters2026
XD | R16#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 3️⃣ def. #THA🇹🇭 Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai 21-12 21-18
⏱️ 35m
*Tang Jie-Ee Wei extend their head-to-head lead to 2-0 after powering through the Thai pair in straight sets.#GemilangkanLagi… pic.twitter.com/wXwwIze3TR— BAM (@BA_Malaysia) January 22, 2026
Selain itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, turut mengikuti jejak sama selepas menewaskan wakil India, Hariharan Amsakarunan-Arjun, meskipun menerima cabaran sengit sebelum menang, 21-17,9-21,21-16, dalam tempoh 54 minit.
#IndonesiaMasters2026
WD | R16#MAS🇲🇾 Pearly Tan-M. Thinaah 1️⃣ def. #TPE Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao 21-13 21-12
⏱️ 27m
*Pearly-Thinaah take a 1–0 lead in the head-to-head against the Chinese Taipei pair to book their place in the last eight.#GemilangkanLagi… pic.twitter.com/aEmyIkP7fV— BAM (@BA_Malaysia) January 22, 2026
Wakil ketiga negara, Pearly Tan-M.Thinaah, dan perseorangan Wanita, K. Letshanaa, turut mempamerkan konsistensi untuk mara ke suku akhir.
Tidak terhenti di situ, satu lagi beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, bakal turun sebentar lagi bagi memburu slot ke suku akhir dan akan berdepan lawan dari Taiwan, Liu Kuang Hang-Yang Po Han.