Skip to main content

Badminton

Razif Sidek anggap 'scratch pair' tidak sesuai dilakukan di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ra

Pemenang gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik 1992, Datuk Razif Sidek, berkongsikan eksperimen 'scratch pair' tidak sesuai dilakukan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan perlu mengambil kira banyak faktor lain.

Di negara luar, pertukaran itu dilihat menjadi kerana kualiti yang setara antara semua pemain, begitupun senario itu berbeza di Malaysia, apabila jurang ranking dan kemampuan berbeza antara pemain.

Advertisement

"Kita lihat seperti Korea, Indonesia dan China, mereka boleh lakukan (scratch pair) kerana pemain tidak banyak cakap dan lebih kepada 'official' yang bertanggungjawab atau untuk melihat kejayaan KPI mereka.

"Beberapa negara ini boleh lakukan tetapi Malaysia agak sukar," katanya.

Sementara itu, dia turut teruja dengan perkhabaran bekas beregu lelaki negara, Zakry Latif, yang difahamkan sedang berunding untuk ditawarkan sebagai pembantu jurulatih beregu wanita BAM dibawah Rosman Razak.

"Sebagai pemain dia seorang yang komited, tegas dan ada idea yang bukan semua orang ada. Dia pernah menjuarai Terbuka Indonesia, bukan senang jadi juara, jadi kelebihan itu kita harap dia mampu curahkan kepada pemain." katanya.
 

Must Watch Video