Penyerang warisan negara, Rodrigo Holgado, dilaporkan bakal membuat 'pusingan U' mengenai status dirinya yang mempertimbangkan persaraan sepenuhnya daripada arena bola sepak pada usia 30 tahun sebelum ini.
Dia antara tujuh pemain warisan negara yang dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu pemalsuan dokumen selepas mewakili Malaysia ketika menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 tahun lalu.
Advertisement
Holgado en Coquimbo Unido 2026👀? pic.twitter.com/Xa6h8GW8kf
— Coquimbo.Info (@CoquimboInfoo) January 12, 2026
Menerusi portal En Cancha baru-baru ini, melaporkan kemungkinan bekas pemain America de Cali itu akan kembali aktif dalam arena bola sepak professional, malah pemain itu turut memuat naik komen berbunyi "Kenapa tidak?" seperti yang tular di media sosial mengenai kemungkinan dirinya kembali aktif dalam kancah bola sepak.
Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini sedang proses rayuan mengenai kes pemalsuan dokumen itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).