Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, tidak dapat meneruskan aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India di Kompleks Sukan Indira Gandhi sebentar tadi.
Menurut maklumat yang diperoleh wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, pemain di ranking ke-23 dunia itu mengalami demam panas sebelum perlawanan menentang pemain Jepun, Yushi Tanaka.
Advertisement
Jun Hao tewas set pertama 5-21 sebelum terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 3-8 dalam set kedua.
Leong Jun Hao terpaksa menarik diri daripada perlawanan akibat DEMAM PANAS.
Kesihatan diutamakan. Semoga cepat sembuh dan kembali lebih kuat di Masters 🇮🇩 🙌🏻@ASTROARENA pic.twitter.com/zZmemsg9hi— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 14, 2026