Jaguh muay thai negara, Rifdean Masdor, bakal turun dalam saingan minggu pertama ONE Friday Fights 138 berdepan wakil Indonesia, Redho Rocky, di Stadium Lumpinee, Bangkok, Jumaat ini.
Petarung berusia 22 tahun yang dalam misi memburu kontrak One Championship itu bakal turun dalam perlawanan ketujuh kategori atomweight muay thai, dengan rekod dia telah mencipta empat kemenangan sebelum ini.
