Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Pearly-Thinaah atasi wakil Perancis untuk ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

per

Beregu wanita negara, Pearly Tan–M. Thinaah, tidak berdepan masalah melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2026 sebentar tadi.

Wakil negara yang turun selaku pilihan kedua kejohanan itu menewaskan lawan dari Perancis, Margot Lambert-Camille Pognante, menerusi aksi straight set 21-7, 23-21 dalam tempoh 31 minit perlawanan.

Advertisement

Set pertama di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu menyaksikan Pearly-Thinaah turun dengan aksi bertenaga untuk menang 21-7, sekali gus menoktahkan set kedua 23-21 meskipun menerima cabaran sengit dalam sepanjang  permainan.

Menanti mereka dalam saingan suku akhir nanti adalah wakil Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En-Tzu, yang merupakan pilihan kelapan kejohanan yang berstatus Super 750 itu.

Must Watch Video