Skip to main content

Hoki

THT runtuhkan rekod tanpa kalah TNB ThunderStars

THT runtuhkan rekod tanpa kalah TNB ThunderStars
Advertisement

Rekod tanpa kalah TNB ThunderStars dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) akhirnya lebur apabila tewas 1-2 kepada Terengganu Hockey Team (THT) dalam aksi terakhir liga.

Kekalahan itu pastinya mengecewakan ThunderStars yang sebelum perlawanan sudah mengumpul 10 kemenangan dan satu keputusan seri, sekali gus berada di landasan terbaik untuk menamatkan kempen liga tanpa sebarang kekalahan.

Advertisement

Malah, skuad yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Mohd Madzli Ikmar Mohd Noor, yang sudah enam kali menjuarai LHM terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi jaringan padang pemain Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan seminit apabila THT segera menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Firhan Ashaari pada minit ketujuh.

Advertisement

Memasuki separuh masa kedua, pasukan kendalian Mohd Harfizi Baharom meningkatkan tekanan dengan corak serangan lebih agresif dalam usaha memburu gol kemenangan.

Bagaimanapun, momentum permainan terpaksa terhenti seketika akibat hujan lebat sebelum kedua-dua pasukan kembali meneruskan perlawanan.

Usaha THT akhirnya membuahkan hasil apabila mereka memperoleh gol kedua menerusi jaringan padang Luqman Njul Hakim Ahmad Shukiran ketika perlawanan berbaki 10 minit.

ThunderStars cuba bangkit memburu gol penyamaan pada penghujung perlawanan, namun gagal menembusi benteng pertahanan THT.

Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus menyaksikan THT menutup kempen liga dengan kemenangan bergaya, manakala Thunderstars terpaksa melupakan hasrat menamatkan saingan tanpa kalah.

Walaupun rekod tanpa kalah mereka lebur pada aksi terakhir, ThunderStars tetap menampilkan kempen liga yang konsisten dengan 10 kemenangan dan satu keputusan seri sebelum perlawanan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video