Perak Bison dan PDRM Defenders layak ke separuh akhir Grand Prix Melaka, CelcomDigi Liga Sepaktakraw (STL) apabila menewaskan lawan masing-masing di Bukit Serindit sebentar tadi.
Bison terlebih dahulu mengesahkan kelayakan ke separuh akhir dengan menewaskan Johor Tigris 2-0.
Kasi dominan daripada tekong kebangsaan Thailand, Ponthep Tinbangbon, memudahkan tugas mereka untuk mencatatkan kemenangan 15-6, 15-9.
Dalam perlawanan berikutnya, Defenders bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menyingkirkan ATM Guardians 2-1.
Selepas tewas 15-17 dalam set pertama, gandingan kembar Shahalril Aiman dan Shahalril Aimin Halim bersama tekong, Worapat Kaewtawatwiset, bangkit memenangi -dua set berikutnya 17-15, 15-10.