Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP), Datuk Ong Kim Swee, mengambil sikap terbuka dengan cadangan pemantauan keseluruhan barisan kejurulatihan program itu di bawah satu jawatankuasa bebas.
Memandangkan program itu melibatkan kewangan berskala besar, ia wajar dilakukan secara telus tetapi Kim Swee menegaskan sebarang kritikan terhadap barisan kejurulatihan NFDP adalah tidak adil dalam waktu yang begitu singkat.
Advertisement
"Pemantauan berlaku untuk menyelaraskan program kita, kalau baru sebulan, kita nak pantau apa?" katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Ia harus dipantau selepas pelaksanaan program-program tersebut, jadi saya setuju pemantauan harus diadakan.
"Nak pantau saya 24 jam pun tiada hal tetapi pemantauan itu harus diselaraskan dengan tujuan yang positif."