Juara dunia perseorangan wanita edisi 2019, P. V. Sindhu, tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Vietnam, Nguyen Thuy Linh, dalam perlawanan pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India di Kompleks Sukan Indira Gandhi sebentar tadi.
Sindhu, yang kini berda di ranking ke-12 dunia, menguasai permainan pada awal set pertama tetapi lawan di ranking ke-23 dunia, Thuy Linh, berhasil mengejar di kedudukan 20-19 sebelum Sindhu memperoleh tiga mata terakhir untuk mencatatkan kemenangan 22-20.
Advertisement
Bagaimanapun, Thuy Linh langsung tidak pernah ketinggalan sepanjang set kedua sebelum mengheret permainan ke set penentuan dengan kemenangan 21-12.
Dalam set ketiga, kedua-dua pemain saling berkejaran mata tetapi menuju ke penghujung saingan, Thuy Linh mempamerkan permainan yang lebih berkesan untuk mendapatkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan lapan minit.