Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan TRW tumbangkan Sabah di Kota Bharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan TRW

Kelantan The Real Warriors (TRW) mendaftarkan kemenangan keempat musim ini apabila menewaskan Sabah 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu sebentar tadi.

TRW tewas tujuh perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan sebelum ini tetapi kali ini, mereka memperoleh gol pembukaan seawal minit keenam menerusi penyudah Alxandre Yeoule susulan satu situasi sepakan sudut.

Advertisement

Sabah, bagaimanapun, hanya memerlukan tiga minit untuk menyamakan kedudukan hasil penyudah kaki kanan Darren Lok selepas menerima lintangan Dane Ingham.

Ketika permainan kelihatan sudah kembali seimbang, TRW sekali lagi merobek gawang Damien Lim pada minit ke-16, kali ini melalui tandukan gemilang Simen Lyngbo.

TRW memastikan mereka berkelebihan dua gol menuju ke bilik persalinan apabila Ashraff Yassin bertindak bijak memperdayakan Damien sebelum melepaskan penyudah rendah ke gawang kosong pada minit ke-23.

Dalam babak kedua, Ajdin Mujagic menyudahkan sepakan penalti buat Sabah dalam waktu kecederaan tetapi ia masih belum cukup untuk menyekat kemenangan tuan rumah.

Dengan kemenangan itu, TRW kini menduduki tangga ke-11 liga dengan 14 mata dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan Sabah, yang satu anak tangga di atas.

 

Must Watch Video