Penganjuran Piala Lee Chong Wei 2026 buat julung kalinya berlainan jika dibandingkan dengan Piala Lin Dan yang sudah memasuki tahun ketiga debgab memberi fokus kepada jemputan pemain seluruh dunia.
Usaha ini merupakan impiannya sejak kecil untuk menganjurkan kejohanan sendiri yang mampu menjadi platform permulaan buat generasi pelapis.
Advertisement
"Saya ingin cungkil lebih banyak bakat buat BAM. Bagi generasi muda, mereka akan melihat kepada senior.
"Dengan empat kejohanan berturut-turut di Eropah seperti Terbuka Jerman, Seluruh-England dan Terbuka Switzerland, saya tidak fikir pemain senior akan (berkesempatan) jadi lebih baik saya laburkan untuk pemain muda -- dengan mengadakan lebih banyak kejohanan.
"Lebih banyak kejohanan untuk pemain muda dan mereka dapat buktikan diri sendiri.
"Lebih baik daripada duduk di rumah bermain permainan elektronik sahaja seperti anak saya (berseloroh).
"Saya suka lebih suka generasi muda terbabit dengan sukan selain boleh membalas jasa negara," kata pengasasnya, Datuk Seri Lee Chong Wei.
Edisi pertama akan menampilkan tiga kategori umur, B-13, B-15 dan B-17 meliputi lima disiplin pertandingan dengan jumlah hadiah RM100,000 serta peluang diserap masuk ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Selain menghimpun koleksi tiga pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kali muncul naib juara dunia, Chong Wei juga satu-satunya pemenang terbanyak gelaran super series sebanyak 46 kali dan pastinya kejayaan ini kekal menjadi inspirasi buat semua peminat badminton negara.
"Saya tinggal di BAM sejak 17 tahun dan kekal selama 19 tahun.
"Ini detiknya saya ingin balas jasa negara dan BAM (yang membantu) ketika Lee Chong Wei tidak punya apa-apa," katanya.