Skip to main content

Gaya Hidup Sukan

MyAthlete Centre: Inisiatif kesejahteraan atlet negara

MACE

Majlis Sukan Negara (MSN) terus komited dalam mengukuhkan ekosistem sukan di negara melalui pengenalan MyAthlete Centre di Bukit Jalil, hari ini.

Ia bakal menjadi hab kesejahteraan holistik yang mampu memperkaya pengalaman atlet melalui pengurusan kebajikan dan sokongan kesihatan mental.

Advertisement

Selain itu, pusat yang menelan belanja RM500,000 ini bukanlah sekadar ruang untuk atlet-atlet beriadah dan memiliki ruang santai yang kondusif, malah sebagai lokasi penganjuran pelbagai program dan aktiviti bagi memupuk semangat sepasukan dan perpaduan dalam kalangan atlet.

 

 

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, dalam majlis pelancarannya menjelaskan ia juga menjadi platform buat atlet mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan pendidikan,kebajikan dan laluan kerjaya mereka, malah perkhidmatan literasi kewangan.

Taufiq turut hadir dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama  Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet Malaysia (MACE) apabila seramai 16 bekas atlet kebangsaan seperti Muhammmad Zubair Mohamed, Goh Liu Ying dan Sharmendran dilantik sebagai jurucakap rasmi, termasuk MoU di antara MSN dengan tiga syarikat korporat dalam menyediakan platform kerjaya yang inklusif dari peringkat negeri lagi.

 

Must Watch Video