Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Masih ada ruang, waktu tingkatkan prestasi perseorangan -- Chong Wei

badminton

Persiapan pasukan negara menjelang Piala Thomas terus menjadi tumpuan meskipun keputusan dalam Terbuka Jerman menimbulkan persoalan bagi kategori perseorangan lelaki.

Ia selepas Leong Jun Hao dan Justin Hoh tersingkir awal selepas tewas dalam pusingan pertama, masing-masing secara tiga set, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap prestasi pemain perseorangan lelaki negara.

Advertisement

Mengulas perkara itu, Chong Wei menegaskan masih terlalu awal untuk membuat rumusan memandangkan kempen di Denmark itu masih berbaki 57 hari lagi.

Barisan jurulatih masih mempunyai ruang untuk menilai prestasi dan memperbaiki kelemahan sebelum senarai akhir dimuktamadkan.

"Kita tidak boleh berikan perbandingan memandangkan baru tiga bulan.

"Kami perlu pilih pemain yang cergas sebelum Piala Thomas.

"Ini baru kejohanan keempat yang diserti Justin (Hoh) tahun ini dan semalam dia tidak beraksi dengan baik.

"Untuk meningkatkan prestasi, Kenneth akan berikan laporannya," kata Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei.

Chong Wei turut yakin barisan pemain negara mampu bangkit dan memanfaatkan peluang yang ada bagi memastikan Malaysia tampil lebih bersedia di pentas berprestij itu.

"Saya beri ruang kepada jurulatih untuk melaksanakan tugasnya, saya tidak mengganggu program latihannya. Kalau ada perkara yang tidak betul, kami akan berbincang.

"Mungkin dalam sebulan, sekali sahaja saya di BAM tetapi jurulatih ada (di sana) setiap hari.

"Menang dan sedih (kalah) sama-sama. Kami adalah sekeluarganya. Saya tidak melarikan diri sekiranya keputusan tidak bagus.

"Kami (galas) tanggungjawab bersama-sama," katanya.

 

Must Watch Video